Kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dapi tanah Jawa, Indonesia. Ia dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Tarian ini kini menjadi tarian tradisional masyarakat Melayu Malaysia Khususnya di Johor Darul Takzim dan biasa dimainkan di majlis keramaian dan perkahwinan.
Tarian Kuda Kepang memerlukan sekurang-kurangnya 25 orang:
- 9 orang penari
- 5 orang pemain muzik
- 2 orang yang bertindak sebagai 'bomoh pemulih'
- beberapa gong
- 9 'kuda'
- sebatang pecut
- serantai tali panjang 3 kaki
CARA PERMAINAN
Kuda Kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, tok bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi memberi tenaga kepada kuda-kuda. beliau akan menggunakan air, rumput, telur mentah, dan bunga untuk persembahan.
Dikawal oleh seorang 'danyang' yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan menaiki kuda masing-masing. Apabila muzik mula dimainkan, penari-penari yang dipimpin oleh danyang tersebut akan masuk ke gelanggang. Rentak muzik akan dimulai dengan rentak yang perlahan. Setiap penari akan menunggang kuda dan menaeri mengikut pola yang ditentukan oleh pemain muzik.
Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Sesetengah persembahan akan merentang kain licik untuk penari menitinya. penari-penari akan boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat dan melompat setinggi 6 kaki. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, muzik yang mengiringi tarian semakin rancak. Kononnya, jika muzik tidak rancak ketika penari dalam keadaan tersebut, pemuzik akan ditendang atau diterkam oleh para penari.
Para penari akan menari selama 2 jam. Mereka seolah-olah terpukau dengan pergerakan mereka. Jika keadaan mereka bertambah liar dan tidak dapat dikawal, tok bomoh akan memulihkan mereka.

This entry was posted
on Tuesday, February 16, 2010
at 6:57 PM
and is filed under
traditional dance
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.