Posted by sounds of music in

APAKAH CAKLEMPONG?

Caklempong tergolong di dalam kumpulan Idiofon (Idiophone) iaitu kategori alat muzik yang dibuat daripada bahan logam, kayu, buluh dan tempurung. Biasanya ia dimainkan dengan cara pukulan, hentakan, goncangan dan ketukan. Antara alat muzik yang termasuk dalam klasifikasi ini ialah gong, saron (gamelan) bonang (caklempong) kenong (gamelan) angklung, gambang, kertuk dan lain-lain. Selain caklempong yang terdapat di Negeri Sembilan dan talempong di Sumatera Barat, alat muzik berbentuk seperti gong kecil juga terdapat di tempat lain dan dikenali sebagai kyi-waing (Myanmar),Trompong (Bali) dan Kulintang (Filipina).

Bonang caklempong yang berbentuk seperti gong kecil diperbuat daripada tembaga berdiameter 16cm, tinggi 8-10 cm dan mempunyai cembol setinggi 2.5cm di tengah-tengahnya. (Rujukan: Music of Malaysia, 2004). Asalnya, caklempong dimainkan mengikut skala pentatonic yang terdiri daripada notasi C, D, E, F dan G, tetapi kini telah dimasukkan kesemua notasi

SEJARAH CAKLEMPONG

Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong.

Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur,caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya.

Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua dan bukannya tertumpu kepada Negeri Sembilan sahaja. Muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk turus menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.



This entry was posted on Tuesday, January 19, 2010 at 8:01 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment