Pengenalan Asas Tentang Seni Muzik Gamelan Melayu  

Posted by sounds of music in

1- Apakah itu Gamelan?

Gamelan terbit daripada perkataan Gamel yang membawa maksud sebagai alat tukul dalam bahasa Jawa. Oleh itu, dari segi bahasanya, Gamelan boleh didefinasikan sebagai ensemble alat-alat muzik yang diperbuat daripada perunggu dan dimainkan secara mengetuk atau memukul alat-alat tersebut dengan menggunakan pemukul tertentu.

2- Bagaimanakah sejarah Gamelan Melayu bermula di Malaysia?

Seni Gamelan Melayu di Malaysia dipercayai berasal dari Riau- Lingga dan diperkenalkan di Pahang pada kurun ke 19. Mengikut sejarah pada tahun 1811, keluarga di-raja Riau-Lingga dan keluarga bendahara dari negeri Pahang meraikan satu majlis perkahwinan. Dalam perayaan itu, Gamelan berserta pemain dan penari telah mula berpindah dari istana Riau- Lingga ke istana Pahang. Sejak dari itu, seni muzik Gamelan ini diperkembangkan ke istana Pahang dan tradisi muzik dan tarian ini dikenali sebagai Gamelan Pahang. Pada awal abad ke-20, Gamelan Pahang dan kumpulan penarinya telah dipindahkan pula ke istana Terengganu untuk meraikan majlis perkahwinan. Tengku Ampuan Maryam ialah seorang yang mempunyai pengalaman luas sebagai penari dalam tradisi joget Gamelan.

Selepas perang dunia ke-2, Gamelan Melayu telah dihidupkan kembali. Walaubagaimanapun, persembahan Gamelan bukan lagi dalam istana sahaja tetapi sudah dikembangkan di luar kawasan istana. Semenjak itu, muzik Gamelan bukan lagi menjadi ekslusif bagi golongan istana sahaja tetapi bagi orang kebanyakan yang berminat boleh mempelajarinya dan memainkan alat muzik Gamelan. Pada masa dahulu, pemuzik adalah terdiri daripada lelaki sahaja sementara wanita sebagai penari. Kini, wanita sudah boleh bermain alat-alat muzik Gamelan.

This entry was posted on Tuesday, January 5, 2010 at 8:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 comments

adakah muzik gamelan buleh disesuaikan dengan zaman kemodenan yang sekarang ini lebih terarah kepada genre muzik moden?

January 5, 2010 at 9:49 PM

boleh. gamelan boleh dimainkan lagu-lagu moden walaupun gamelan adalah muzik tradisional. contohnya lagu lenggang kangkung dan sebagainya..

January 5, 2010 at 9:56 PM

dan lagu 'Sway' :)

January 13, 2010 at 3:39 AM

Post a Comment